Friday, January 1, 2010

Tahun Baru

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 Masehi. Semuga tahun ini akan lebih menyerlah dan lebih memberi makna untuk kita. Semuga segala perancangan berjalan lancar dan kita sentiasa dapat mengimarahkan surau kita.

Lajnah Muslimat pun telah mengadakan mesyuarat JK pada 29/12/2009. Waaah... aktiviti yang dirancang hingga bulan Jun ni semuga mendapat sambutan dari muslimat.

Aktiviti yang dicadangkan:-

Bacaan Yaasin & doa selamat (Hari Sabtu, jam 2.30 petang)
9/1/2010
6/2/2010
27/3/2010
10/4/2010
8/5/2010
26/6/2010

Ceramah:-
23/1/2010 (Hari Sabtu jam 9.00 pagi)
24/4/2010 (Hari Sabtu jam 9.00 pagi)

Bengkel Masakan:-
20/2/2010 (Hari Sabtu, jam 9.00 pagi)

Bengkel Kraftangan:-
28/3/2010 (Hari Ahad, jam 9.00 pagi)

English In Camp:
13hb-15hb Mac 2010 (Hari Sabtu - hari Isnin)
Kumpulan sasaran - pelajar sekolah rendah & menengah.
Keutamaan untuk anak-anak kariah Tmn Tenaga.
Penyertaan dari kawasan sekitar juga dialu-alukan.

Edaran akan dibuat untuk semua aktiviti ini, seminggu sebelum aktiviti dijalankan kecuali EIC.

Satu lagi aktiviti yang julung kali dirancang adalah Lawatan ke Kelantan pada 27/3/2010-28/3/2010.
Muslimat Tmn Tenaga adalah dijemput untuk mengikuti lawatan ini. Penyertaan terhad kepada 40 orang termasuk AJK lawatan. Bayaran tambang perjalanan pergi dan balik sebanyak RM90.00 seorang. Sila beri nama dan pendahuluan sebanyak RM50.00 sebelum 22/3/2010 kepada Pn. Halisah bt. Sellaman (Blok A) dan Pn. Aslamiah bt Said (Jln 9).

2 comments:

  1. Assalamulaikum wbt.

    Tahniah pada org kuat KUWATT yg membina blog ini. Semoga ia memberi manafaat kita bersama.

    Cayalah...hehehe.

    Salam Ukhwah,
    Faziliaton
    22A Jln 10.

    ReplyDelete
  2. Tahniah, banyak aktiviti yang telah dirancang semoga semuanya berjalan dengan lancar..

    Miss..aktiviti hari sabtu sbb ada tuntutan lain yg kena penuhi.

    Lawatan ke Kelantan tu, tido dlm bas lah ya, kalau ada org luar berminat mcmana..boleh ke..
    nanti buat ke Langkawi ya..(ppuan apa lg shopping le)..

    ReplyDelete