Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Ramadan 1432H

Alhamdulillah, Telah berlalu 24 hari bulan Ramadan 1432H dengan pelbagai aktiviti. Surau telah mengambil dua pelajar yang hafiz Quran untuk menjadi imam sehingga malam 25 Ramadan.

Tadarus Qur'an Muslimin dan kanak-kanak akan membuat majlis khatam pada 25/8/2011 selepas solat taraweh.

BULAN

TARIKH

PERKARA

PROGRAM

OGOS

1/8/11 - 29/8/2011

(SEPANJANG RAMADAN)

PROGRAM BERBUKA PUASA SURAU

SEPANJANG RAMADAN

SURAU SEDIAKAN AIR MINUMAN DAN KURMA

MAKANAN ADALAH SUMBANGAN/ DIBAWA OLEH KARIAH

MOREH TIADA KECUALI ADA LEBIHAN MAKANAN SEMASA BERBUKA

AMIL

EN. MD SHAFIE BIN YUSOFF

BERADA DI SURAU MULAI 4 OGOS 2011

SOLAT SUNAT TARAWIH

IMAM :- 2 ORANG TAHFIZ.

8 RAKAAT

WITIR 3 RAKAAT

TAZKIRAH 5 MINIT SELEPAS 4 RAKAAT PERTAMA.

TADARUS AL QURAN

LELAKI DEWASA, REMAJA DAN KANAK-KANAK SELEPAS SOLAT TARAWIH

PENGENDALI :- USTAZ IBRAHIM B. YAACOB

WANITA, REMAJA DAN KANAK-KANAK :- JAM 8.30 SETIAP PAGI DI SURAU

5/8/2011

& 15/8/2011

KULIAH SUBOH

USTAZ NORZAIMI DARI SEMENYEH

TARIKH LAIN

UNTUK TARIKH LAIN SEDANG DIUSAHAKAN.

6/8/2011

20/8/2011

BUBUR LAMBOK

MULA MASAK SELEPAS SOLAT ZOHOR

SEBELUM ZOHOR UNTUK PERSEDIAAN AWAL BAHAN.

EDARAN BUBUR LAMBOK SELEPAS PUKUL 5.30 PETANG

16/8/2011

NUZUL QURAN

CERAMAH SELEPAS SOLAT TARAWIH

BULAN

TARIKHPERKARAPROGRAM

OGOS

17/8/2011

QIAMULAIL

3.30 PAGI BERKUMPUL

4.OO PAGI MULA SOLAT

5.00 PAGI BERSAHUR

SOLAT SUBOH

TAZKIRAH

BOLEH DILAKUKAN SEPANJANG MALAM DIBULAN RAMADAN

BERBUKA PUASA

PERSEDIAAN AWAL SELEPAS ZOHOR

CHEF ADALAH EN. MD. SHAH

MASAK SECARA GOTONG ROYONG

BERBUKA PUASA DI SURAU (MAKANAN DALAM DULANG)

30/8/2011

1 SYAWAL (EIDIL FITRI)

IMAM TEMPATAN

JAMUAN SELEPAS SOLAT

DIKETUAI OLEH EN. MD. SHAH

SEPTEMBER

24/9/2011

SAMBUTAN EIDIL FITRI DI TAMAN TENAGA

PENGARAH SAMBUTAN:- TN. HJ. ABDUL RAZAK HUSIN

Saturday, June 25, 2011

gotong royong dapur surau

Stor sebelum....
Alhamdulillah..... Pada 19/6/2011 telah daapat dijalankan pengemaskinian dan pembersihan pantri dan stor surau.

Nak buat kiraan....
Tulis kod kat jag
Ok...ok..tulis lagi
Atas mangkuk
Nak wat camna?
Niii...AJK termuda yang dapat hadir
Mencuci dapur memasak...Tonyoh kuat-kuat segala daki tu...
Selepas....WOW!!!...tak terkata. Hingga bila?????
Terima kasih tidak terhingga kepada ahli-ahli HELWA yang begitu prihatin untuk menjayakan aktiviti ini. Sumbangan tenaga dan sokongan padu puan2 amat dihargai dan menjadikan Biro HELWA sebagai biro yang teraktif di surau Asy-Syakirin. Syabas!!!!!

Saturday, April 9, 2011

Bengkel Masakan 2-4-2011

Waaah.... Kelas masakan !!! Bestnya.

3 resepi dapat dilakukan. 2 orang, Pn Hjh. Mismishah dan Pn. Saadiah telah sudi untuk berkongsi cara membuatnya.

Masakan 1

Apam Warna-warni

Bahan: (lebih kurang 50 biji)

250 gm gula kastor (200 gm jika suka kurang manis)
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila (jika suka)
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu teh ovallate
pewarna ikut suka
acuan kertas

Caranya:

1. Panas kukusan
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu
3. Masukkan ovallate dan pukul lagi
4. Masukkan epung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
5. Bahagikan adunan kepada 2
6. Warnakan setiap bahagian dan gaul sebati.
7. Masukkan setiap bahagian dalam corong kertas ( boleh beli kat kedai kek)
atau dalam plastik.
8. Gunting sikit hujungnya.
9. Letakkan cawan kertas dalam acuan apam.
10. Picit adunan bahagian 1 dan 2 bersebelahan dalam satu cawan kertas.
11. Kukus selama 10-15 minit (bergantung pada saiz cawan kertas.

From masakan 2-4-11



Masakan 2

Puding Karamel


Bahan:

1 tin susu pekat (1/2 tin + susu cair jadikan 1 tin untuk yang tidak suka manis)
1 tin air
1-2 sudu besar tepung jagung
10 biji telor
sedikit esen jika suka
Beberapa sudu gula - hanguskan.(karamel)

Caranya:

1. Tabur gula dalam loyang aluminium/tin.
2. Panaskan atas api yang perlahan sehingga perang. Ketepikan.
3. Panaskan kukusan.
4. Campur susu, air, telor dan tepung jagung. Blend
5. Tuang bahan yang telah diblend ke atas loyang yang telah dikaramelkan.
6. Kukus sehingga masak, pastikan bahagian tengahnya keras - 1/2 jam
7. Angkat dan sejukkan. Kemudian terbalikkan kuih atas bekas yang sesuai.

From masakan 2-4-11


Lihatlah...... mmmmm sedaaaaapnya!!!!!
From masakan 2-4-11



Masakan 3

Blueberry cheese Tart


Bahan:

250 gm butter
100 gm gula castor
1 sudu teh esen vanila
sedikit garam
1 biji telor
500 gm tepung gandum

Cara:

1. Pukul butter bersama gula, esen, garam sehingga lembut.
(sekejap saja, jangan sampai kembang nanti berminyak)
2. Masukkan telur dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan tepung dan uli adunan sehingga menjadi doh.
(Kalau lembik, tambah sikit tepung sedikit-sedikit. Doh semestinya lembut.)
4. Doh disimpan dalam fridge selama 30 minit sebelum ditekan ke acuan.
5. Tekan doh pada acuan tart.
6. Bakar 180 celsius selama 15 minit.
7. Sejukkan dan isi fillingnya.
8. Bakar lagi selama 10 minit.

From masakan 2-4-11


Filling

500 gm Philadelphia cream cheese
100 gm gula castor
50 gm butter
1 biji kuning telur
100 gm whip cream
1 sudu teh esen
1 sudu besar perahan air lemon
jem blueberry

Cara:

1. Pukul cream cheese, butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur, esen, air lemon dan whip cream, pukul lagi.
3. Masukkan cheese filling dalam piping bag.
4. Picitkan kedalam tart.
5. Hias dengan bluberry, bakar pada suhu 180 celsius selama 10 minit.

From masakan 2-4-11


Huummmmm....yummy.
From masakan 2-4-11

Sunday, April 3, 2011

Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1432H

Sudah lama tak berarak!!! Bila dapat permintaan dari ramai kariah, maka inilah yang dibuat pada hari tersebut.
Selain berarak, ada nasyid dan ceramah oleh Dr. Fuad Teoh. Kumpulan nasyid plak bukan saja kanak-kanak, dewasa pun nak cuba tunjuk bakat. Paling bestnya, turut juga disertai oleh warga asing, kumpulan dari Bangladesh pun bernasyid dan solawat.

From Collages


Malam 14 Februari.....

Persediaan untuk masak-masak, melapah daging dan audio...
Macam-maCAM AKsi, dapat dilihat!!!!

From Collages



Kanak-kanak dan remaja turut ambil bahagian untuk bernasyid.
Ni masa latihan.......

From Collages


Nasyid kumpulan dewasa - tak perlu latihan, main tangkap muat je!!! Kumpulan dari Bangladesh buat latihan hingga 3 pagi. Bersungguh betul mereka ni.

Monday, November 15, 2010

Aktiviti

Alhamdulillah..... lama betul tak menulis blog ni. Bukan takde aktiviti kat surau atau muslimat buat tapi tak sempat nak upload gambar. Tambahan plak broadband Celcom ni lambat sangat, selalu signal tenggelam timbul. Tu yang malas nak mengadap komputer. (ALASAN)

Pentadbiran surau telah bertukar tangan pada Jun 2010 lalu. Ada juga muka-muka lama yang masih terlibat. Terima kasih kepada kumpulan lalu yang bertungkus lumus untuk pembangunan surau, memakmorkan dan mentadbir surau.

Jawatankuasa yang baru ni pun mesti bekerja keras untuk terus memantapkan perjalanan surau dan memakmorkan demi kesejahteraan kariah taman. Nama Lajnah telah ditukar pada Biro iaitu mengikut peraturan JAIS.

Sekarang ni KUWATT bukan lagi Lajnah Muslimat. Nama barunya BIRO HAL EHWAL WANITA atau singkatan HELWA. Nama saja yang dah tukar tetapi tetap mengenai wanita gak.

HELWA terus jalankan aktiviti dengan tadarus pada bulan Ramadhan yang lalu, di surau pada jam 9 pagi setiap hari hingga khatam.

Ceramah Tentang Hati oleh Prof. Madya Dr. Azizan bin Ahmad telah diadakan pada 30/10/2010 dan mendapat sambutan menggalakkan dan diluar jangkaan. Ruang surau dipenuhi hampir 50 orang kariah lelaki dan wanita. SYABAS KARIAH TAMAN TENAGA.

Pada 14/10/2010 Pengerusi surau telah meminta kerjasama HELWA untuk terbabit dalam program Bacaan Quran Tahlil dan Doa Selamat. Alhamdulillah, program berjaya dijalankan dengan penyertaan muslimin muslimat daripada golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak yang boleh membaca Quran.

Dijangkakan pada 16/11/2010 ini iaitu sehari sebelum Raya Aidil Adha tahun ini akan disembelih lembu aqiqah di surau, muslimat akan terlibat dalam gotong-royong persediaan memasak. pada Aidil Adha pula, muslimat akan menyediakan sarapan yang dimasak di surau. InsyaAllah.

Tuesday, April 13, 2010

Lawatan Ke Kelantan 22 Mei 2010

Waaaah... Bila dah start menulis, ada je idea dan maklumat yang nak disampaikan.


Aktiviti yang telah dirancang untuk dilaksanakan oleh KUWATT. Cepat-cepat!!! Daftar untuk lawatan ke Kelantan pada 22 Mei 2010. Tambang pergi balik RM70.00 sahaja. Perbelanjaan makan minum kena tanggung sendiri laaaa....

Daftar dan deposit RM30.00 hendaklah diberi sebelum/pada 30/4/2010 ni. Deposit tak dipulangkan jika tidak jadi pergi, sila cari pengganti. Langsaikan bayaran sebelum/pada 15/5/2010 nanti. Oh lupa pulak... Borang disediakan di rumah Pn Hjh Noreena.

Perserta terbuka kepada kariah Taman Tenaga dan kawasan sekitarnya. Peserta bukanlah wanita saja, boleh juga lelaki dan kanak2 berumur lebih 5 tahun ke atas. Tempat lawatan adalah Pengkalan Kubor dan Kota Bharu serta sekitarnya.

Lawatan ini adalah aktiviti julong kali dianjurkan oleh KUWATT.

Friday, March 12, 2010

English In Camp

Salam buat semua pembaca.

Pihak lajnah Muslimat memohon maaf kerana aktiviti EIC yang sepatutnya diadakan pada 13-15 Mac 2010 telah ditunda ke satu tarikh yang belum ditentukan. Kemaafan ini ditujukan kepada anak-anak yang begitu berminat menyertai aktiviti ini dan menunggu-nunggu bila akan diadakan.

Terima kasih untuk ibubapa yang prihatin bertanya tentang aktiviti ini. InsyaAllah pihak lajnah akan mengusahakan secepat mungkin demi kebaikan anak-anak.

Tidak lupa, pihak lajnah ingin mengucapkan 'SELAMAT BERCUTI SEKOLAH' 12Mac - 20Mac & 13Mac - 21Mac untuk negeri-negeri yg berkenaan. Jaga diri baik-baik semasa cuti ni walau apapun kegiatan yang dilakukan bersama keluarga ataupun dengan kawan-kawan. Lakukan sesuatu yang berfaedah untuk diri, keluarga, kariah tempat tinggal dan agama.

Friday, January 1, 2010

Tahun Baru

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 Masehi. Semuga tahun ini akan lebih menyerlah dan lebih memberi makna untuk kita. Semuga segala perancangan berjalan lancar dan kita sentiasa dapat mengimarahkan surau kita.

Lajnah Muslimat pun telah mengadakan mesyuarat JK pada 29/12/2009. Waaah... aktiviti yang dirancang hingga bulan Jun ni semuga mendapat sambutan dari muslimat.

Aktiviti yang dicadangkan:-

Bacaan Yaasin & doa selamat (Hari Sabtu, jam 2.30 petang)
9/1/2010
6/2/2010
27/3/2010
10/4/2010
8/5/2010
26/6/2010

Ceramah:-
23/1/2010 (Hari Sabtu jam 9.00 pagi)
24/4/2010 (Hari Sabtu jam 9.00 pagi)

Bengkel Masakan:-
20/2/2010 (Hari Sabtu, jam 9.00 pagi)

Bengkel Kraftangan:-
28/3/2010 (Hari Ahad, jam 9.00 pagi)

English In Camp:
13hb-15hb Mac 2010 (Hari Sabtu - hari Isnin)
Kumpulan sasaran - pelajar sekolah rendah & menengah.
Keutamaan untuk anak-anak kariah Tmn Tenaga.
Penyertaan dari kawasan sekitar juga dialu-alukan.

Edaran akan dibuat untuk semua aktiviti ini, seminggu sebelum aktiviti dijalankan kecuali EIC.

Satu lagi aktiviti yang julung kali dirancang adalah Lawatan ke Kelantan pada 27/3/2010-28/3/2010.
Muslimat Tmn Tenaga adalah dijemput untuk mengikuti lawatan ini. Penyertaan terhad kepada 40 orang termasuk AJK lawatan. Bayaran tambang perjalanan pergi dan balik sebanyak RM90.00 seorang. Sila beri nama dan pendahuluan sebanyak RM50.00 sebelum 22/3/2010 kepada Pn. Halisah bt. Sellaman (Blok A) dan Pn. Aslamiah bt Said (Jln 9).