Wednesday, September 28, 2011

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Taman Tenaga, anjuran bersama Surau Asy-Syakirin dan Syarikat Mandiri.

Majlis diadakan pada 25 Sept. 2011 (Ahad). Bermula dari jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang.

Semua kaum turut dijemput.

Thursday, August 25, 2011

Ramadan 1432H

Alhamdulillah, Telah berlalu 24 hari bulan Ramadan 1432H dengan pelbagai aktiviti. Surau telah mengambil dua pelajar yang hafiz Quran untuk menjadi imam sehingga malam 25 Ramadan.

Tadarus Qur'an Muslimin dan kanak-kanak akan membuat majlis khatam pada 25/8/2011 selepas solat taraweh.

BULAN

TARIKH

PERKARA

PROGRAM

OGOS

1/8/11 - 29/8/2011

(SEPANJANG RAMADAN)

PROGRAM BERBUKA PUASA SURAU

SEPANJANG RAMADAN

SURAU SEDIAKAN AIR MINUMAN DAN KURMA

MAKANAN ADALAH SUMBANGAN/ DIBAWA OLEH KARIAH

MOREH TIADA KECUALI ADA LEBIHAN MAKANAN SEMASA BERBUKA

AMIL

EN. MD SHAFIE BIN YUSOFF

BERADA DI SURAU MULAI 4 OGOS 2011

SOLAT SUNAT TARAWIH

IMAM :- 2 ORANG TAHFIZ.

8 RAKAAT

WITIR 3 RAKAAT

TAZKIRAH 5 MINIT SELEPAS 4 RAKAAT PERTAMA.

TADARUS AL QURAN

LELAKI DEWASA, REMAJA DAN KANAK-KANAK SELEPAS SOLAT TARAWIH

PENGENDALI :- USTAZ IBRAHIM B. YAACOB

WANITA, REMAJA DAN KANAK-KANAK :- JAM 8.30 SETIAP PAGI DI SURAU

5/8/2011

& 15/8/2011

KULIAH SUBOH

USTAZ NORZAIMI DARI SEMENYEH

TARIKH LAIN

UNTUK TARIKH LAIN SEDANG DIUSAHAKAN.

6/8/2011

20/8/2011

BUBUR LAMBOK

MULA MASAK SELEPAS SOLAT ZOHOR

SEBELUM ZOHOR UNTUK PERSEDIAAN AWAL BAHAN.

EDARAN BUBUR LAMBOK SELEPAS PUKUL 5.30 PETANG

16/8/2011

NUZUL QURAN

CERAMAH SELEPAS SOLAT TARAWIH

BULAN

TARIKHPERKARAPROGRAM

OGOS

17/8/2011

QIAMULAIL

3.30 PAGI BERKUMPUL

4.OO PAGI MULA SOLAT

5.00 PAGI BERSAHUR

SOLAT SUBOH

TAZKIRAH

BOLEH DILAKUKAN SEPANJANG MALAM DIBULAN RAMADAN

BERBUKA PUASA

PERSEDIAAN AWAL SELEPAS ZOHOR

CHEF ADALAH EN. MD. SHAH

MASAK SECARA GOTONG ROYONG

BERBUKA PUASA DI SURAU (MAKANAN DALAM DULANG)

30/8/2011

1 SYAWAL (EIDIL FITRI)

IMAM TEMPATAN

JAMUAN SELEPAS SOLAT

DIKETUAI OLEH EN. MD. SHAH

SEPTEMBER

24/9/2011

SAMBUTAN EIDIL FITRI DI TAMAN TENAGA

PENGARAH SAMBUTAN:- TN. HJ. ABDUL RAZAK HUSIN

Monday, June 27, 2011

Ceramah Kaunseling Keluarga

Ahad 24-6-2011, Prof Madya Dr. Fatimah Yusoff telah sudi untuk berkongsi ilmunya dengan kariah Taman Tenaga.



Kebahagiaan bersama keluarga dapat dikekalkan dan perlu dibajai untuk sentiasa berkembang perasaan:-

1. Kasih sayang penting untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga.

2. Komunikasi antara suami isteri, ibubapa dan anak-anak.

3. Sentuhan dan belaian dapat mengeratkan lagi kasih sayang.

4. Sokongan dan galakan juga perlu dikala kesedihan, kegagalan dalam peperiksaan/percintaan.

5. Memberi kata-kata perangsang dan semangat.


Saturday, June 25, 2011

gotong royong dapur surau

Stor sebelum....
Alhamdulillah..... Pada 19/6/2011 telah daapat dijalankan pengemaskinian dan pembersihan pantri dan stor surau.

Nak buat kiraan....
Tulis kod kat jag
Ok...ok..tulis lagi
Atas mangkuk
Nak wat camna?
Niii...AJK termuda yang dapat hadir
Mencuci dapur memasak...Tonyoh kuat-kuat segala daki tu...
Selepas....WOW!!!...tak terkata. Hingga bila?????
Terima kasih tidak terhingga kepada ahli-ahli HELWA yang begitu prihatin untuk menjayakan aktiviti ini. Sumbangan tenaga dan sokongan padu puan2 amat dihargai dan menjadikan Biro HELWA sebagai biro yang teraktif di surau Asy-Syakirin. Syabas!!!!!

Tuesday, June 14, 2011

Syukur


Ceramah diberi oleh Ustazah Zahariah pada 22 Mei 2011.
Berapa kalikah kita bersyukur kepada Allah dalam sehari, rahmat dan kurniaNya tak terhingga.

Cukupkah ucapan syukur pada setiap kali lepas solat? Jangan lokek untuk mengucap syukur pada Allah. Ucapkanlah "Alhamdulillah" apabila selesai melakukan sesuatu pekerjaan walaupun semudah potong bawang, masak nasi, siang & goreng ikan.

Jadilah kita hambaNya yang sentiasa bersyukur......

Sunday, June 5, 2011

Harta Pusaka


Ustaz Khairul Izhar, sekarang ni sibuk ngan Imam Muda 2 kat TV9.




Sempat juga kami menjemput beliau untuk berkongsi tentang tajuk ni..... Banyak soalan-soalan yang dikemukakan,


semuanya ingin tahu hal-hal ini kerana memang perlu tahu untuk kemudahan masa akan datang.

Semuga ceramah yang didengari ini dapat membimbing kita dalam urusan harta.

Thursday, May 5, 2011

kraftangan - bakul sabun

Bakul ni dah pernah popular suatu masa dulu.... Habisla sabun kat laci tu, semua nak dianyam jadi bakul dengan riben.

Kreatif.....kreatif....


Jarum peniti dicucuk pada sabun dikedua-dua bahagian (bilangan jarum sama =20)


Lilit pula ngan riben dari jarum peniti atas ke bawah, hingga tak kelihatan sabun


Naah.... Lihatlah bakul-bakul comel!!!!!