Kumpulan ini adalah Lajnah Muslimat Surau Asy-Syakirin, Taman Tenaga, Jalan Reko, 43000 Kajang. Mula aktif pada tahun 1999 dengan bacaan Yaasin, tahlil dan doa selamat dari rumah ke rumah. Aktiviti setiap 2 minggu sekali pada malam Sabtu bermula jam 8.00 malam. Sekarang aktiviti ini dibuat di surau samada hari Sabtu atau Ahad setiap bulan, jam 2.30 petang. Pelbagai Ceramah - agama, kraftangan, kecantikan, bengkel masakan & jahitan juga diadakan bermula jam 9.00 pagi.
Tuesday, June 14, 2011
Syukur
Ceramah diberi oleh Ustazah Zahariah pada 22 Mei 2011.
Berapa kalikah kita bersyukur kepada Allah dalam sehari, rahmat dan kurniaNya tak terhingga.
Cukupkah ucapan syukur pada setiap kali lepas solat? Jangan lokek untuk mengucap syukur pada Allah. Ucapkanlah "Alhamdulillah" apabila selesai melakukan sesuatu pekerjaan walaupun semudah potong bawang, masak nasi, siang & goreng ikan.
Jadilah kita hambaNya yang sentiasa bersyukur......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment